Rabu, 2 September 2009

zakat Fitrah :)


ekceli..
hubby iesma sudahpun jalankan tanggungjawab beliau sebagai umat islam..
alhamdulillah..
lepas tarawih semalam hubby bayar zakat fitrah untuk kami sekeluarga..
:))
utk negeri selangor..
kadar zakat fitrah adalah
RM7 bersamaan 2.7kg beras..


*babah dan zafran

di bawah ada sedikit info tentang zakat fitrah
~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~

Zakat Fitrah ialah ‘Zakat Badan yang diwajibkan kerana tamat Bulan Ramadhan dan dikeluarkan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Dalam hadis riwayat Ibnu Umar:

“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”

Syarat2 wajib zakat fitrah

  1. Mestilah ia seorang Islam dan Merdeka.
  2. Mempunyai harta lebih daripada keperluan perbelanjaanya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
  3. Wajibnya zakat Fitrah itu ialah setelah terbenam matahari pada akhir Bulan Ramadhan. Tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang yang mati sebelum terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan, atau kanak-kanak yang lahir selepas terbenam matahari akhir Ramadhan atau bagi seorang muallaf yang baru memeluk ugama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan atau seorang lelaki yang bernikah sesudah terbenam matahari akhir Ramadhan.
waktu2 membayar zakat fitrah
  1. Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan Ramadhan.
  2. Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
  3. Waktu Afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang Raya Aidil Fitri.
  4. Waktu Makruh iaitu selepas sembahang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya Waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari).
  5. Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri.

Fadhilat Mengeluarkan Zakat Fitrah

1. Menampung kekurangan semasa berpuasa.

Maksudnya : Berkata Waki’ bin al Jarah : Zakat Fitrah di dalam bulan Ramadhan seperti sujud sahwi di dalam solat, menampung kekurangan berpuasa sebagaimana sujud sahwi menampung kekurangan dalam sembahyang.

2. Membantu fakir dan miskin pada Hari Raya.

Maksudnya : Daripada Ibn Umar, bersabda Rasulullah s.a.w : Kayakanlah mereka (fakir miskin) daripada meminta-minta pada hari ini (Hari Raya).

sekian....

2 ulasan:

  1. Bagus laa kalau dah bayar...

    Famili Mama belum lagi... esok lusa nak kena bayar dah ni...

    BalasPadam
  2. mamaqaypo..

    ye la..hubby sy tu mmg suke cpt2..
    ehehe :))
    thanks...

    BalasPadam

sila la komen..