Rabu, 24 Jun 2009

5 TiPs KuRuS

1 Senaman ~
Tips kurus paling berkesan melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang sedang berdiet, sebaiknya lakukan secara seimbang dan mengikut kemampuan diri. Mulakan dengan perlahan-lahan ini tidak akan membebankan badan…

2 Makan Makanan Sihat ~
Seimbangkan diet anda, lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan pastinya anda akan menjadi sempurna. Ada juga tips - untuk kurus menyatakan supaya menyimpan buah apal hijau di dalam peti sejuk dan gantikannya menjadi snek apabila anda berkeinginan untuk mengunyah. Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti apal hijau, carot, oren, limau dan sebagainya mengikut kegemaran anda. Yogurt juga baik untuk mereka yang sedang berdiet…

3 Kurangkan Makan ~
Kawal diet anda, makan hanya pada waktu yang betul dan kuantiti yang berpatutan. Salah satu tips lagi adalah dengan mengurangkan separuh dari kadar pemakanan anda sebelum ini, contohnya sebelum ini anda makan 2 senduk nasik, ketika dalam proses diet cuba kurangkan kepada 1 senduk sahaja. untuk mengurangkan makan juga boleh dilakukan dengan menambahkan serat yang banyak di dalam diet anda, makanlah sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran. Diet buah-buahan ini boleh juga di ambil diantara waktu makan jadi perut anda tidak kosong dan lapar lagi… pastinya program kurus anda akan berjalan dengan lancar.

4 Eskpresi Diri ~
Lakukan apa yang anda ingin lakukan. Katakan apa yang anda ingin katakan serta lakukan segala yang betul untuk diri sendiri. Sibukkanlah diri dengan aktiviti kegemaran, jangan membiarkan masa anda terbuang begitu sahaja. Ini dapat mengelakkan dari anda berfikir untuk makan apabila bosan sebaliknya anda pastinya akan sentiasa gembira dan ceria… Begitulah ekspresi diri juga turut menyumbang dalam mengrealisasikan program kurus anda.

5 Kawal emosi ~
Satu lagi tips kurus yang tidak harus dilupakan dalam program kurus anda, bijaklah mengawal emosi dan pemikiran anda, dengan ini anda akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri. Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri jadi untuk merealisasikan anda, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. anda juga akan lebih akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat……

4 ulasan:

  1. semoga berjaya...
    aku pon dulu berangan2 nk diet...
    tp dh stop separuh jln...
    x thn la... mknan sedapppp..
    hihi

    BalasPadam
  2. setujuk semua diatas....yg penting mesti kawal emosi...kalu emo terlebih...senaman & diet giler mesti tak jadiknyer...good info my dear

    BalasPadam
  3. ye la husna..
    sib baik ddk umah je..xde terdedah ngan mknan luar sgt..tu pon yg teringin2 nk mkn kene hold dulu ar.. :))..tengiu..chayok2x hehehh..

    BalasPadam
  4. posh..
    betul3x..
    setuju gak ngan info kt atas tuh..
    dan iesma pun usaha utk folo..
    ehehh.. :))
    tengkiu..

    BalasPadam

sila la komen..